Papan Impian



Entri sebelum ini saya ada berkongsi mengenai menulis impian. Selain impian di tulis, impian juga boleh divisualkan dalam bentuk gambaran.

Gambaran seperti ini perlu dilihat selalu agar melekat dan terakam dalam minda bawah sedar. Oleh kerana minda bawah sedar itu sifatnya lurus, maka apa-apa yang kita tanamkan di dalamnya akan terpasak.

Gambaran-gambaran yang di luahkan inilah dinamakan Papan Impian. Apa itu Papan Impian atau pun juga dinamakan Vision Board ? Mengapa Papan Impian itu penting dalam kehidupan kita?

Papan Impian ialah keinginan atau impian yang kita ingini untuk kita visualkan secara gambaran. Gambaran ini perlu dilihat selalu dan dipasak kemas dalam minda bawah sedar kita.

Apabila gambaran keinginan selalu dilihat, maka akan wujudlah daya kuasa dalam kehidupan kita yang dinamakan Hukum Tarikan atau dengan nama lain Law of Attraction. Anda mungkin tidak menyedari akan hal ini. Tetapi itulah yang biasanya berlaku.

Sebelum ini saya pernah menyarankan anak saya untuk memvisualkan keadaan dia menang dalam pertandingan Ihtifal Sukan Kebangsaan di Pahang pada tahun 2017. Pada masa itu, saya membiarkan dia membuat impiannya sendiri.

Seminggu sebelum bertolak ke Pahang, dia mengalami stress dibahagian otot kakinya kerana latihan beliau bertindan dengan Latihan Pusat untuk ke pertandingan lain.

Namun, kerana fokus beliau pada gambar impian yang dia sendiri lukis di dalam bukunya, dia semangat untuk pergi. Sebelum ini beliau pernah pergi ke pertandingan tersebut pada tahun 2015, namun pelbagai perkara telah diharunginya.

Alhamdulillah, beliau belajar dari kesilapan yang lalu dan akhirnya walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi, beliau berjaya meraih 4 emas di dalam semua acara dan sekaligus dinobatkan OLAHRAGAWAN.

Dikala beliau dinobatkan sebagai OLAHRAGAWAN, saya sempat bertanya padanya. apa sebenarnya yang dia tulis dan dia impikan?

"Abang nak anugerah OLAHRAGAWAN dan menang semua acara"

Saya melihat bukunya, ternyata dia melukis gambar medal emas.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Pilihan dia sendiri, impian dia sendiri, dan ternyata dia mencapai IMPIANNYA.



Impian seterusnya untuk ke Olimpik

Tekan sini untuk mendapatkan Papan Impian Moden MILIK ANDA SENDIRI.



Comments

Popular posts from this blog

Menulis Impian - Hypnosport

Yang Tenang Pasti Menang - Hypnosport