Posts

Impak Visual

Image
No... No... and no... please la mama abang tak minat la mama.  . . Please Hasni, untuk endurance . Kadang-kadang apa yang kita tak minat, baik untuk kita. Ada hikmah dan kepentingan untuk kita gunakan di masa akan datang. Yang penting kita buat dulu dan kita cuba.  . . Mama ingat tak penat ke? Cuba mama yang buat?  . . Sekiranya mama, I will do it . Mama akan uji diri mama. Tapi sekiranya mama muda macam Hasni la...  ................... 3 tahun lepas, perbulanan ini pasti sama apabila saya beri peluang untuk Hasni masuk larian. Sekiranya dia menyertai pasti bukan ikhlas dari hati.  Namun, walaupun begitu kedudukan lariannya bukanlah yang terakhir. Saya tahu dia boleh lakukannya.  Kini umurnya semakin meningkat dan bertambah kematangannya. Larian di sekolah telah pun bermula. Saya gunakan teknik visual dan magnetism . Selain dari itu waking hypnosis sentiasa saya berikan padanya.  Alhamdulillah. Saya sendiri tidak menyangka dia menang. Saya s

Atlet dan Gajet

Image
Memang tidak dinafikan pertumbuhan gajet masa kini amat mencanak tingginya dalam trend dunia kini. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua orang, semua golongan, tidak kira tua dan muda memiliki telefon bimbit di tangan mereka termasuk saya. Pada hemah saya, sebagai seorang atlet perlu ada disiplin dan prinsip yang tinggi untuk menangani isu ketagihan gajet ini. Atlet remaja khususnya yang sukar untuk melepaskan ketagihan dengan dunia gajet ini. Secara lahirnya mereka kadang-kadang menafikan gajet tersebut memberikan kesan yang tidak baik buat mereka. Hal ini sebenarnya memberikan kesan negatif yang tinggi buat mereka sebenarnya. Sikap leka terhadap gajet memungkinkan mereka tidur lewat pada hari sebelum kejohanan. Apatah lagi mereka memaksa otak mereka hayal dengan permainan di dalam gajet mereka sebelum tidur. Melalui sebuah telegram  Dr Rizal Abu Bakar , seorang pakar otak  di mana pada tahun 2012 satu kajian dimuatkan di dalam Journal of Epidemiology . Kaji

USAH MENGALAH

Image
Belum  MENANG  tidak bermakna  KALAH . Tidak mendapat medal juga bukan bererti kalah. Sebarang kesilapan bakal berlaku. Tanpa sengaja atau dengan sengaja. Tanpa sengaja bererti kesilapan itu datang tanpa diduga. Dengan sengaja bererti kesilapan itu berlaku atas kecuaian diri yang mungkin terleka. Banyak perkara boleh berlaku. Inilah yang sering berlaku di dalam sesuatu kejohanan. Namun, itulah pemula kejayaan asal sahaja telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Hasil yang terlihat adalah hasil dari apa yang telah  DIUSAHAKAN.  Adakalanya, di kala kita sambil lewa, tuah mendatang. Adakalanya dalam kita bersungguh-sungguh dengan sehabis baik, namun belum direzekikan untuk menerima hasil yang diimpikan. Adakalanya orang yang sambil lewa, berhak mendapat apa yang telah dicapainya. Adakalanya orang yang bersungguh-sungguh akan dapat kejayaan setimpal dengan apa yang telah diusahakan. Yang penting, langkah pertama ialah  USAH MENGALAH . Selain dari itu belajar untuk meny

HIPNOSIS DIRI SENDIRI

Image
Pesan seorang mentor kepada saya, katakan pada diri...  "(Nama Anda) malas untuk bermalas-malasan. (Nama Anda) mulai saat ini lebih hsihat dan lebih beruntung daripada yang tadi." Skrip di atas merupakan skrip hipnosis diri sendiri atau pun lebih dikenali sebagai self-hypnosis.  Apa bezanya bercakap dengan diri sendiri ( self-talk ) dan hipnosis diri sendiri ( self-hypnosis )? Bercakap dengan diri sendiri pasti berbaur dengan persekitaran positif dan negatif. Manakala apabila kita membuat hipnosis diri sendiri pasti komunikasi yang digunakan serta saranannya di tapis hanya untuk perkara-perkara yang positif sahaja. Nah, setelah kita tau membezakan dua perkara tersebut, maka langkah yang perlu diambil ialah sentiasa membuat hipnosis untuk diri sendiri.  Hipnosis diri sendiri ini tentu sekali sentiasa dan pernah wujud dalam kehidupan kita. Sehinggalah apabila kita mengetahuinya, oooohhhh begini rupanya.  Sebelum kita melakukan hipnosis untuk dir

MEMO HARIAN

Image
Antara perkara lain selain menulis impian, saya juga mempraktikkan  memo harian  dalam kehidupan saya.  Teknik memo harian ini sangat mudah untuk dilakukan. Bukan sahaja di rumah, memo harian ini juga boleh dibuat di pejabat, dan di mana sahaja yang anda inginkan.  Ibarat meletakkan satu pasak agar pandangan mata kita sentiasa melihat, malah merakam terus ke minda bawah sedar.  Memo harian ini juga berkait rapat dengan hukum tarikan, apabila dipandang dan dilihat selalu. Saya juga mengaplikasikan memo harian ini kepada anak-anak saya.  Saya akan menyarankan agar mereka sentiasa menulis dan meletakkan di mana-mana terutama di kala mereka ingin mencapai sesuatu dalam masa terdekat.  Berikut adalah di antara memo harian yang telah saya lekatkan di dalam bilik saya.  Semoga perkongsian ringkas kali ini sangat bermanfaat buat anda semua.  Selamat mencuba dan mempraktikkannya! #hypnosport #hypnovengers #memoharian

Anugerah dari Ilahi - Hypnosport

Image
Penantiannya satu rahmat , anugerah terindah dari Ilahi buat saya. Sedari alam rahim saya mengimpikan dia persis dua lelaki penting dalam hidup saya yang sangat gemarkan sukan. Alam merakam. Ternyata kelahirannya sinar bahagia buat saya. Indah sungguh namanya... nama yang diberi bonda mirip 'bapa'nya.  Walau dia tidak pernah tahu 'bapa'nya sangat aktif bersukan kerana dia tidak pernah sekalipun menyaksikannya, namun dia memiliki kebolehan yang sama. Hanya dimatanya merakam 'bapa'nya terlantar dan sakit. Saya mula merlihat dia dengan mata hati saya di kala umurnya 4 tahun. Sangat aktif dan tidak reti diam. Dikala itu pernah memulakan hasrat untuk menghantarnya ke kelas badminton. Tapi tidak kesampaian kerana banyak perkara tidak mengizinkan.  Segalanya berubah bermula di alam persekolahan. Dia wakil rumah sukan sedari umurnya 8 tahun. Saya sering memasukkan memori 'bapa'nya ke dalam cerita hariannya. Macam-macam yang saya lakukan. Sehinggalah di kal

Papan Impian

Image
Entri sebelum ini saya ada berkongsi mengenai menulis impian. Selain impian di tulis, impian juga boleh divisualkan dalam bentuk gambaran. Gambaran seperti ini perlu dilihat selalu agar melekat dan terakam dalam minda bawah sedar. Oleh kerana minda bawah sedar itu sifatnya lurus, maka apa-apa yang kita tanamkan di dalamnya akan terpasak. Gambaran-gambaran yang di luahkan inilah dinamakan Papan Impian . Apa itu Papan Impian atau pun juga dinamakan Vision Board  ? Mengapa Papan Impian itu penting dalam kehidupan kita? Papan Impian ialah keinginan atau impian yang kita ingini untuk kita visualkan secara gambaran. Gambaran ini perlu dilihat selalu dan dipasak kemas dalam minda bawah sedar kita. Apabila gambaran keinginan selalu dilihat, maka akan wujudlah daya kuasa dalam kehidupan kita yang dinamakan Hukum Tarikan atau dengan nama lain Law of Attraction . Anda mungkin tidak menyedari akan hal ini. Tetapi itulah yang biasanya berlaku. Sebelum ini saya pernah menyarankan anak