Papan Impian
Entri sebelum ini saya ada berkongsi mengenai menulis impian. Selain impian di tulis, impian juga boleh divisualkan dalam bentuk gambaran. Gambaran seperti ini perlu dilihat selalu agar melekat dan terakam dalam minda bawah sedar. Oleh kerana minda bawah sedar itu sifatnya lurus, maka apa-apa yang kita tanamkan di dalamnya akan terpasak. Gambaran-gambaran yang di luahkan inilah dinamakan Papan Impian . Apa itu Papan Impian atau pun juga dinamakan Vision Board ? Mengapa Papan Impian itu penting dalam kehidupan kita? Papan Impian ialah keinginan atau impian yang kita ingini untuk kita visualkan secara gambaran. Gambaran ini perlu dilihat selalu dan dipasak kemas dalam minda bawah sedar kita. Apabila gambaran keinginan selalu dilihat, maka akan wujudlah daya kuasa dalam kehidupan kita yang dinamakan Hukum Tarikan atau dengan nama lain Law of Attraction . Anda mungkin tidak menyedari akan hal ini. Tetapi itulah yang biasanya berlaku. Sebelum ini saya pernah menyarankan a...
Comments
Post a Comment