Atlet dan Gajet
Memang tidak dinafikan pertumbuhan gajet masa kini amat mencanak tingginya dalam trend dunia kini. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Hampir semua orang, semua golongan, tidak kira tua dan muda memiliki telefon bimbit di tangan mereka termasuk saya.
Pada hemah saya, sebagai seorang atlet perlu ada disiplin dan prinsip yang tinggi untuk menangani isu ketagihan gajet ini.
Atlet remaja khususnya yang sukar untuk melepaskan ketagihan dengan dunia gajet ini. Secara lahirnya mereka kadang-kadang menafikan gajet tersebut memberikan kesan yang tidak baik buat mereka.
Hal ini sebenarnya memberikan kesan negatif yang tinggi buat mereka sebenarnya.
Sikap leka terhadap gajet memungkinkan mereka tidur lewat pada hari sebelum kejohanan.
Apatah lagi mereka memaksa otak mereka hayal dengan permainan di dalam gajet mereka sebelum tidur.
Melalui sebuah telegram Dr Rizal Abu Bakar, seorang pakar otak di mana pada tahun 2012 satu kajian dimuatkan di dalam Journal of Epidemiology. Kajian dilakukan ke atas 2000 pelajar tadika, sekolah rendah hingga pelajar PT3. Di sini, pengkaji mahu tau kesan 'screen time' ke atas mereka.
Screen Time adalah masa yang diambil untuk guna peranti elektronik seperti tab, ipad, telefon bimbit, komputer riba atau komputer meja.
Mereka dapati 30 minit screen time ganggu tidur dan memori. Lebih buruk lagi pada yang bermain 'games'
Sedangkan, malam tersebut mereka sepatutnya tidur lebih awal bagi memberi laluan otot-otot tubuh berehat dan membaikpulih sendiri sistem dalam badan.
Mengapa badan perlu cukup tidur? Apabila kita tidur pada kadar 7-8 jam, melatonin akan keluar sepenuhnya. Seterusnya apabila bangun pagi akan terasa segar, tiada lagi sakit bahu dan tengkuk.
Menurut Dr Siti Aniza, UKM MD di Klinik Syifa, Pakar Nutrisi Perubatan (Nutritional Medicine) dan juga sahabat saya sewaktu zaman persekolahan dulu, melatonin mula dirembeskan seawal jam 9 malam. Antara kebaikannya ialah Melatonin mampu memperbaiki kerosakan tisu dari terus berlaku. Contoh : Otot koyak, Melatonin akan bertindak sebagai Physical Repair.
Melatonin dihasilkan di Kelenjar Pineal (Otak).
Ia juga kurang dan tidak terhasil sekiranya anda tidur pada cahaya yang berlebihan, cahaya biru dan terang.
Tidur siang juga, TIDAK merangsang melatonin!
Tidur yang berkualiti akan merangsang kesembuhan dan kerehatan tubuh badan kita.
Menurut seorang jurulatih berpengalaman iaitu Nordin Jadi bekas atlet negara, FOKUS adalah rahsia besar sesuatu kejayaan di dalam kejohanan. Perkara ini sangat ditekankan dan seringkali diingatkan oleh beliau sewaktu beliau melatih anak-anak kelab NJAC di bawah naungannya.
Waktu diperuntukkan untuk fokus pun bukannya lama, tentunya bermula dari sebelum kejohanan sehingga selesai.
Mungkin 1 hari dan mungkin hanya setengah hari.
Remaja atlet kena belajar mengawal kendiri untuk menahan diri menjadi lebih fokus.
Saya percaya, sedikit sebanyak perkara tersebut sangat membantu merangsang kecerdasan tubuh badan khususnya minda.
Kecerdasan otak juga perlu di jaga kerana jisim yang sihat terletak di dalam akal yang sihat.
Selamat mencakna ilmu. Semoga kalian semua terus berjaya dan berjaya dalam apa jua bidang yang anda kehendaki.
Tulisan ini khas ditujukan buat anakanda HasniHusaini yang sedang dalam proses membina kejayaan. Semoga mendapat ibrah dan manfaat di dalamnya.
#HypnoSport

Comments
Post a Comment