Posts

Showing posts from November, 2018

Atlet dan Gajet

Image
Memang tidak dinafikan pertumbuhan gajet masa kini amat mencanak tingginya dalam trend dunia kini. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua orang, semua golongan, tidak kira tua dan muda memiliki telefon bimbit di tangan mereka termasuk saya. Pada hemah saya, sebagai seorang atlet perlu ada disiplin dan prinsip yang tinggi untuk menangani isu ketagihan gajet ini. Atlet remaja khususnya yang sukar untuk melepaskan ketagihan dengan dunia gajet ini. Secara lahirnya mereka kadang-kadang menafikan gajet tersebut memberikan kesan yang tidak baik buat mereka. Hal ini sebenarnya memberikan kesan negatif yang tinggi buat mereka sebenarnya. Sikap leka terhadap gajet memungkinkan mereka tidur lewat pada hari sebelum kejohanan. Apatah lagi mereka memaksa otak mereka hayal dengan permainan di dalam gajet mereka sebelum tidur. Melalui sebuah telegram  Dr Rizal Abu Bakar , seorang pakar otak  di mana pada tahun 2012 satu kajian dimuatkan di dalam Journal of Epidemiology . Kaji

USAH MENGALAH

Image
Belum  MENANG  tidak bermakna  KALAH . Tidak mendapat medal juga bukan bererti kalah. Sebarang kesilapan bakal berlaku. Tanpa sengaja atau dengan sengaja. Tanpa sengaja bererti kesilapan itu datang tanpa diduga. Dengan sengaja bererti kesilapan itu berlaku atas kecuaian diri yang mungkin terleka. Banyak perkara boleh berlaku. Inilah yang sering berlaku di dalam sesuatu kejohanan. Namun, itulah pemula kejayaan asal sahaja telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Hasil yang terlihat adalah hasil dari apa yang telah  DIUSAHAKAN.  Adakalanya, di kala kita sambil lewa, tuah mendatang. Adakalanya dalam kita bersungguh-sungguh dengan sehabis baik, namun belum direzekikan untuk menerima hasil yang diimpikan. Adakalanya orang yang sambil lewa, berhak mendapat apa yang telah dicapainya. Adakalanya orang yang bersungguh-sungguh akan dapat kejayaan setimpal dengan apa yang telah diusahakan. Yang penting, langkah pertama ialah  USAH MENGALAH . Selain dari itu belajar untuk meny