Anugerah dari Ilahi - Hypnosport

Penantiannya satu rahmat, anugerah terindah dari Ilahi buat saya. Sedari alam rahim saya mengimpikan dia persis dua lelaki penting dalam hidup saya yang sangat gemarkan sukan. Alam merakam. Ternyata kelahirannya sinar bahagia buat saya. Indah sungguh namanya... nama yang diberi bonda mirip 'bapa'nya. 

Walau dia tidak pernah tahu 'bapa'nya sangat aktif bersukan kerana dia tidak pernah sekalipun menyaksikannya, namun dia memiliki kebolehan yang sama. Hanya dimatanya merakam 'bapa'nya terlantar dan sakit. Saya mula merlihat dia dengan mata hati saya di kala umurnya 4 tahun. Sangat aktif dan tidak reti diam. Dikala itu pernah memulakan hasrat untuk menghantarnya ke kelas badminton. Tapi tidak kesampaian kerana banyak perkara tidak mengizinkan. 

Segalanya berubah bermula di alam persekolahan. Dia wakil rumah sukan sedari umurnya 8 tahun. Saya sering memasukkan memori 'bapa'nya ke dalam cerita hariannya. Macam-macam yang saya lakukan. Sehinggalah di kala umurnya mencecah 10 tahun, bakat yang ada dalam dirinya tidak harus saya persiakan. 

Seorang rakan telah memberi sokongan dan semangat pada saya dan sangat saya kenang hingga ke hari ini. Beliaulah yang membuatkan saya berkata 'I don't care what people say' dan benarlah bila keinginan dan impian membuak dalam hati, lorong untuk kehadapan akan dimudahkan. Rakan sejawat saya yang persis adik saya sendiri memberikan satu nama untuk saya cari di facebook. Orang yang tidak pernah saya kenali padahal beliau seorang 'legend' di arena sukan. Disinilah bermulanya bakat di gilap. 

Sesungguhnya Anugerah dari Ilahi itu sangat indah. Walau siapa pun dia, walau bagaimana pun paras rupanya, dialah AMANAH dari Ar-Rabb dan kitalah sebagai ibu bapa yang akan mencorakkannya. 


Kenangan terindah Hasni bersama 'bapa'nya.

Comments

Popular posts from this blog

Papan Impian

Menulis Impian - Hypnosport

Yang Tenang Pasti Menang - Hypnosport