HIPNOSIS DIRI SENDIRI


Pesan seorang mentor kepada saya, katakan pada diri... 

"(Nama Anda) malas untuk bermalas-malasan. (Nama Anda) mulai saat ini lebih hsihat dan lebih beruntung daripada yang tadi."

Skrip di atas merupakan skrip hipnosis diri sendiri atau pun lebih dikenali sebagai self-hypnosis. 

Apa bezanya bercakap dengan diri sendiri (self-talk) dan hipnosis diri sendiri (self-hypnosis)?

Bercakap dengan diri sendiri pasti berbaur dengan persekitaran positif dan negatif. Manakala apabila kita membuat hipnosis diri sendiri pasti komunikasi yang digunakan serta saranannya di tapis hanya untuk perkara-perkara yang positif sahaja.

Nah, setelah kita tau membezakan dua perkara tersebut, maka langkah yang perlu diambil ialah sentiasa membuat hipnosis untuk diri sendiri. 

Hipnosis diri sendiri ini tentu sekali sentiasa dan pernah wujud dalam kehidupan kita. Sehinggalah apabila kita mengetahuinya, oooohhhh begini rupanya. 

Sebelum kita melakukan hipnosis untuk diri sendiri, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah persediaan diri kita untuk dihipnosis. 

Hipnosis tidak akan berlaku secara paksaan. Namun, situasi hipnosis akan berlaku dengan rela hati dan kadang-kadang boleh beralaku secara rela tanpa sedar. 

Di dalam dunia sukan, hipnosis diri sendiri ini sangat bermanfaat untuk diaplikasikan. Sangat berkesan sekiranya diamalkan setiap hari bagi memastikan persediaan tubuh dan minda meneria apa sahaja yang bakal dilalui.

Skrip-skrip positif seperti 

"Aku boleh lakukan!"
"Aku boleh!"
"Kakiku semakin pantas!"
"Yeah! Aku kuat!"
"Aku berjaya lakukan!"

boleh digunakan dan diteriakkan sekuat hati di dalam hati. 

Inilah keberkesanan hipnosis diri sendiri bagi seorang atlit. Saya percaya, setiap atlit pernah dan sentiasa menghipnosis diri mereka sendiri dengan kata-kata semangat yang jitu. 

Amalkanlah dan buatlah setiap hari tanpa gagal, kerana anda akan lihat hasilnya yang menakjubkan. 

Selain dari itu, lirik-lirik lagu yang berbaur semangat juga boleh dijadikan kata-kata saranan yang bagus untuk menaikkan semangat. Sangat penting untuk menapis kata-kata yang positif sahaja diambil dan disematkan di minda bawah sedar.

Ini kerana kata-kata itu kesannya berbeza dan hanya minda kita sahaja yang dapat mentafsirnya dengan baik. 

Hanya minda kita sahaja yang akan memaknainya mengikut kefahaman yang diketahuinya. 




Selamat bermanfaat!



#hypnosport
#hypnovengers
#selfhypnosis

Comments

Popular posts from this blog

Papan Impian

Menulis Impian - Hypnosport

Yang Tenang Pasti Menang - Hypnosport