Atlet dan Gajet
Memang tidak dinafikan pertumbuhan gajet masa kini amat mencanak tingginya dalam trend dunia kini. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua orang, semua golongan, tidak kira tua dan muda memiliki telefon bimbit di tangan mereka termasuk saya. Pada hemah saya, sebagai seorang atlet perlu ada disiplin dan prinsip yang tinggi untuk menangani isu ketagihan gajet ini. Atlet remaja khususnya yang sukar untuk melepaskan ketagihan dengan dunia gajet ini. Secara lahirnya mereka kadang-kadang menafikan gajet tersebut memberikan kesan yang tidak baik buat mereka. Hal ini sebenarnya memberikan kesan negatif yang tinggi buat mereka sebenarnya. Sikap leka terhadap gajet memungkinkan mereka tidur lewat pada hari sebelum kejohanan. Apatah lagi mereka memaksa otak mereka hayal dengan permainan di dalam gajet mereka sebelum tidur. Melalui sebuah telegram Dr Rizal Abu Bakar , seorang pakar otak di mana pada tahun 2012 satu kajian dimuatkan di dalam Journal of Epidemiolo...