Hidup Adalah Pilihan - Bahagian 2
PILIH - PILIHAN - MEMILIH
Saya sangat suka dengan perkataan ini kerana bagi saya perkataan ini ada satu dorongan yang tersendiri.
Pilihan diambil dari kata dasar pilih. Memilih pula ialah menentukan.
Pilihan adalah penentuan sesuatu perkara atau apa sahaja yang diingini.
Kenapa saya suka perkataan ini, kerana kita sendiri menentukan apa yang kita kehendaki dari diri kita sendiri.
Ada kalanya secara pilihan juga boleh terjadi tanpa kita sedari iaitu dengan cara memilih tanpa berkata.
Contoh anak-anak kecil, mereka memilih dengan cara menunjukkan jarinya. Kadangkala mereka menangis.
Apa pun yang kita ingini pasti kita inginkan. Sebab itu adalah PILIHAN yang kita inginkan.
Dengan pilihan itu juga kendiri akan terdorong. Minda pula menguasai bagaikan raja.
Ingatan yang selalu saya berikan untuk anak saya "buat sampai jadi" terutama dengan apa yang dipilih.
Semoga anda semua tergolong dalam orang-orang yang berjaya dan membuat PILIHAN yang betul.
Selamat maju jaya.
#hypnosport
#yangtenangpastimenang
#hidupberguru
#pilihan
Comments
Post a Comment