Hidup Berguru - Hypnosport
“Orang yang belajar
tanpa guru umpama belajar dengan syaitan”
Pesan atuk pada
saya. Masa itu saya masih berada di sekolah rendah. Terkebil-kebil mata saya
memandang wajah atuk yang sememangnya garang buat saya. Di kala itu saya hanya
telan sahaja perkataan itu bulat-bulat tanpa meminta atuk mengulasnya.
Apabila dewasa saya
semakin faham pesan atuk.
Di dalam dunia ini,
tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa berguru. Guru bagi seorang anak
adalah ibu bapanya atau pun penjaga. Disekolah, yang mengajar anak murid, tentu
sekali dipanggil Guru. Manakala bagi seorang atlet, guru mereka ialah Jurulatih
ataupun Coach.
Bagi seorang Coach,
merekalah berperanan dan berpengaruh untuk mempengaruhi prestasi pemain untuk
mencapai matlamat yang dikehendaki. Tanpa kita sedari mereka inilah Hipnotis
yang wujud dalam persekitaran kita.
Saya suka
menggunakan terma hipnotis buat mereka-mereka ini setelah saya mengenali proses
hipnonis apatah lagi, memang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Hipnotis
terhebat bagi saya ialah ibu bapa dan penjaga.
Dalam pada saya
seorang hipnotis buat anak saya, tidak bermakna saya tidak perlukan guru.
Pencarian seorang Coach di dalam facebook telah menemukan saya seseorang yang
sebelum ini tidak pernah saya kenali namun, kini beliaulah orang rujukan buat
anak saya.
Nordin Jadi nama
yang tersohor dalam arena olahraga yang tidak pernah saya tau sebelum ini.
Sehingga saya mencari maklumat terperinci tentang beliau.
Hari pertama berjumpa dengan Coach Nordin Jadi. Hasni ketika ini berusia 10 tahun.
Hasni dikenalkan dengan kelenturan dan diminta kerap melakukannya di rumah, ibarat homework.
Dialah guru pertama
dalam dunia sukan olahraga yang anak saya kenali selain dari guru di sekolah
beliau Cikgu Fakhrizal bin Daud. Saya masih ingat lagi kata-kata Coach Nordin
Jadi pada hari pertama kami berjumpa di Stadium Educity.
Hasni bersama Cikgu Fakhrizal bin Daud guru sukan sekolah SRI Johor
“Anak-anak ini
susah untuk dijangka. Mereka ini masa kecil, minat bermain. Kita tengok nanti
perkembangannya, sekiranya dia benar-benar minat, kita akan latih dia.
Kadang-kadang kita dah latih dia, tapi akhirnya dia pergi ke tempat lain. ”
Coach Nordin Jadi
adalah orang yang memperkenalkan saya erti kalah dan menang dalam pertandingan.
Di usia anak saya yang muda beliau sedikit pun tidak menunjukkan reaksi kecewa
sekiranya anak saya tidak mencapai target yang diinginkan.
“Perjalanan masih
jauh lagi… “
Perkataan itu
biasanya di lafazkan buat anak saya.
Pada Coach Nordin
Jadi perkara yang penting ialah prestasi latihan, disiplin, keinginan untuk
berlatih, kesungguhan, fokus, keyakinan diri, matlamat yang tinggi dan tidak
mengalah. Perkataan-perkataan yang positif sering dilafazkan buat anak saya.
Alhamdulillah, di
samping anak saya mempunyai seorang Coach, saya juga berguru dengan beliau.
Selain dari itu,
kekalahan juga adalah guru terbaik satu kejayaan. Kekecewaan juga guru terbaik
satu kebahagiaan. Yang penting sekali teruskan bermula.
Terma guru itu juga
bukanlah merujuk kepada manusia semata. Seluruh isi alam juga adalah guru
sebuah kehidupan.
Perkara yang utama
adalah, bersungguh-sungguh mengubah sisi dalaman diri kita dengan cara yang betul
dan konsisten. Selepas ini kebiasaan pula akan terbentuk.
Dalam proses
latihan sukan apa yang saya lihat, mereka di ajar berlatih dengan betul, cara
jalan, cara berlari, posisi badan dan sebagainya. Ibarat melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Coach Nordin Jadi
juga suka melatih atlet sedari mereka kecil kerana anak-anak kecil ini mudah
belajar dan boleh ikut. Kata beliau lagi, di negara luar, kebanyakkan ibu bapa
akan menghantar anak-anak mereka belajar sedari kecil.
“Biasakan yang
betul, betulkan yang biasa” terma ini juga saya sering sematkan dalam minda
anak saya setiap kali dia merasa sukar untuk membetulkan posisi badan dan
sebagainya.
Dikala kita sebagai ibu bapa resah untuk mencari guru buat anak kita,
berserahlah pada-Nya, agar dipertemukan dengan guru yang betul, Allah pasti akan permudahkan lorong laluannya untuk menuju matlamat.
Hasni dan team renang bersama Coach Azaruddin - Coach Renang
Dedikasi dan jutaan terima kasih buat semua yang telah memberikan sokongan dan tunjuk ajar buat anak saya Hasni, khususnya buat Cikgu Fakhrizal bin Daud, guru sekolah SRI Johor, Coach Nordin Jadi - Jurulatih Olahraga dan team coaches NJAC, Coach Latif, Coach Ain, Coach Jagatish, Coach Hafidz Amin, Coach Wei Kiang Goh, Coach Naim, Coach Aisyah, Coach Azaruddin - Coach Renang dan Coach Bahagia Jemali - Coach Fitness dan Terapi.
#hypnosport
#yangtenangyangmenang
#hidupberguru
Comments
Post a Comment