Hidup Adalah Pilihan - Hypnosport

"Apa yang membezakan antara manusia dan haiwan?"

Ada pelbagai jawapan yang dapat diberikan pada soalan di atas.

Soalan ini pernah di tanya guru kepada saya.

PILIHAN

Saya terdiam.

"Manusia berupaya untuk membuat pilihan samada untuk menjadi yang terbaik, tidak baik atau sebagainya. Boleh memilih untuk melakukan atau tidak melakukan."

"Manusia diberi pilihan, buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka" ayat ini sering diucapkan oleh ustaz atau pun ustazah sewaktu zaman sekolah rendah.

"Awak di beri pilihan untuk taat pada peraturan sekolah. Barangsiapa yang melanggarnya akan dihukum" inilah ayat seorang guru disiplin.

"Sebagai atlet anda wajib dikehendaki mengikuti latihan yang telah dijadualkan. Siapa yang di dapati lambat atau sebagainya denda akan dikenakan"kata seorang jurulatih.

"Tahniah awak terpilih menjadi wakil sekolah. Selepas ini awak akan di hantar untuk latihan pusat sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan nanti" kata guru pendidikan jasmani.

"Kucing tidak diberi pilihan untuk menjadi kucing terbaik atau tidak baik"

"Ayam tidak diberi pilihan untuk jadi ayam yang menurut kata atau tidak menurut kata"

Hanya sebahagian haiwan ini dilatih oleh manusia melalui kaedah pengulangan.

Yer.. begitulah kita... hidup ini adalah PILIHAN. 

Sebagai seorang atlet tentu sekali pilhan yang datang adalah dari diri sendiri. Adakah anda dipaksa? Terpaksa? Disuruh? Di arah?

Sekiranya di arah pun, jawapannya anda memilih untuk menurut, maka di mana letaknya pilihan yang telah anda telah berikan?

Tanya semula pada diri sendiri, apakah PILIHAN yang telah saya pilih?

Maka, kita berusahalah dengan sebaiknya terhadap perkara yang telah kita PILIH. 

Betulkan sisi diri untuk hadap sebarang perkara yang menjadi PILIHAN diri sendiri. Seterusnya lakukan tindakan tanpa tapi dan nanti dengan fokus yang terarah.


#hypnosport
#hidupitupilihan


Comments

Popular posts from this blog

Papan Impian

Hidup Berguru - Hypnosport

4 Kebaikan Hipnosis dalam Sukan - Hypnosport