Hipnosis Untuk Sukan - Hypnosport
Mengapa saya memilih aplikasi hipnosis di dalam sukan atau pun lebih dikenali dengan Hypnosport? Hypnosport atau pun hipnosis untuk sukan sangat efektif digunakan bagi membantu atlet dalam meningkatkan performance, meningkatkan daya mentaliti, percaya diri, motivasi, fokus dan konsentrasi, keyakinan diri, menghilangkan rasa cemas, ketakutan semasa bertanding, dapat menghadirkan rasa tenang, dapat melatih minda sejajar dengan latihan fizikal untuk potensi yang lebih baik pada kemampuan yang maksimal.
Sukan adalah satu aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal secara kompetitif. Sukan juga satu aktiviti kerjasama atau daya saing dalam bentuk permainan yang boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Uniknya sukan ini kerana bersifat sosialisasi dan memberi peluang untuk individu belajar mengenal diri, mempertingkat kemahiran, belajar bergaul antara satu sama lain, belajar bermatlamat, berdisiplin, melahirkan keseronokan dan sebagainya.
Waktu kecil, minda bawah sedar lebih sedar keadaannya berbanding orang dewasa. Anak kecil biasanya tidak merasa takut untuk mencuba sesuatu dan lazimnya, anak kecil akan berusaha untuk mendapatkannya. Contoh sekiranya ada tangga di hadapan, anak kecil ini akan berusaha untuk menaiki tangga tersebut tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Sekiranya kita mengarahkan mereka berlari, mereka akan berlari dengan bersungguh-sungguh tanpa memikirkan jatuh dan sebagainya. Keadaan beginilah yang kita mahukan untuk atlet-atlet kita berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti kekalahan. KALAH itu pula adalah titik kejayaan untuk BERMULA. Kita lihat kembali anak kecil itu, walaupun jatuh berkali-kali, mereka berusaha lagi untuk mencuba tanpa rasa jemu.
Bawah sedar adalah raja segala raja yang memerintah fizikal tubuh badan. Membuat keputusan berfikir dan juga dalam membuat PILIHAN. Disinilah aplikasi hipnosis digunakan. Kerana hipnosis itu adalah seni komunikasi yang sangat efektif. Tentu sekali sebagai seorang atlet persediaan secara mental telah selalu di momokkan. Malah input untuk MENANG menjadi satu matlamat dalam setiap atlet. Kata-kata yang digunakan itu sebenarnya merupakan kata-kata pengulangan walaupun otak telah faham dan sedar bahawa "aku ni bermain untuk MENANG atau BERJAYA"Seringkali kita melihat para atlet di dalam latihan hariannya, mereka akan melalui satu fasa latihan yang sangat berat di mata kita orang awam. Namun, latihan yang mereka lalui adalah biasa sahaja. Tak terkecuali mereka juga akan merasa bosan dan ada kalanya letih untuk mengulanginya. Tapi, sekiranya mereka dapat melihat matlamat mereka dengan JELAS, perasaan emosi serta kesakitan, dan penat lelah yang terbit itu pasti hilang. Disinilah kita gunakan hipnosis atau pun SELF HYPNOSIS untuk membantu tubuh badan melalui proses ini dengan jayanya.
Tetapi bagaimana? Di dalam proses kejayaan seseorang, biasanya ada orang dibelakangnya ataupun ada BIG WHY yang mendorong kejayaan. Di dalam proses memprogramkan diri, kita akan melalukan secara pengulangan. Itu sebabnya, untuk tubuh badan juga pengulangan proses yang sama digunakan iaitu LATIHAN, LATIHAN dan LATIHAN. Perkara yang sama juga kita setkan dalam minda bahawa KEJAYAAN, KEJAYAAN dan KEJAAYAN yang ingin kita capai. Perkara ini boleh dilakukan secara pengulangan skrip memprogram diri atau SELF HYPNOSIS atau pun melalui pengulangan komunikasi dari jurulatih atau pun guru atau pun ibu bapa yang sentiasa berada di belakang seseorang atlet.
Saya telah diajari oleh seorang guru hipnosis satu skrip komunikasi efektif yang sangat berkesan buat saya, dan saya sering lafazkan kepada anak-anak saya iaitu "Aku tidak tahu bagaimana aku tahu dan bagaimana aku lakukan. Tapi aku secara sedar dan tanpa sedar sedang terdorong kepada proses dalam mencapai matlamat yang aku inginkan"
#hinopsisuntuksukan
#hypnosport

Semasa proses belajar untuk berjalan, mereka ada daya untuk berusaha, berusaha
dan terus berusaha tanpa gagal.
Anak-anak kecil biasanya fokus pada satu perkara iaitu keseronokan bermain
tanpa memikirkan apa-apa bahaya yang datang.
Bawah sedar adalah raja segala raja yang memerintah fizikal tubuh badan. Membuat keputusan berfikir dan juga dalam membuat PILIHAN. Disinilah aplikasi hipnosis digunakan. Kerana hipnosis itu adalah seni komunikasi yang sangat efektif. Tentu sekali sebagai seorang atlet persediaan secara mental telah selalu di momokkan. Malah input untuk MENANG menjadi satu matlamat dalam setiap atlet. Kata-kata yang digunakan itu sebenarnya merupakan kata-kata pengulangan walaupun otak telah faham dan sedar bahawa "aku ni bermain untuk MENANG atau BERJAYA"Seringkali kita melihat para atlet di dalam latihan hariannya, mereka akan melalui satu fasa latihan yang sangat berat di mata kita orang awam. Namun, latihan yang mereka lalui adalah biasa sahaja. Tak terkecuali mereka juga akan merasa bosan dan ada kalanya letih untuk mengulanginya. Tapi, sekiranya mereka dapat melihat matlamat mereka dengan JELAS, perasaan emosi serta kesakitan, dan penat lelah yang terbit itu pasti hilang. Disinilah kita gunakan hipnosis atau pun SELF HYPNOSIS untuk membantu tubuh badan melalui proses ini dengan jayanya.
Sebagai seorang pelari, mereka akan fokus hingga ke garisan penamat
dan proses fokus inilah yang perlu berada dalam kondisi yang betul.
Tetapi bagaimana? Di dalam proses kejayaan seseorang, biasanya ada orang dibelakangnya ataupun ada BIG WHY yang mendorong kejayaan. Di dalam proses memprogramkan diri, kita akan melalukan secara pengulangan. Itu sebabnya, untuk tubuh badan juga pengulangan proses yang sama digunakan iaitu LATIHAN, LATIHAN dan LATIHAN. Perkara yang sama juga kita setkan dalam minda bahawa KEJAYAAN, KEJAYAAN dan KEJAAYAN yang ingin kita capai. Perkara ini boleh dilakukan secara pengulangan skrip memprogram diri atau SELF HYPNOSIS atau pun melalui pengulangan komunikasi dari jurulatih atau pun guru atau pun ibu bapa yang sentiasa berada di belakang seseorang atlet.
Saya telah diajari oleh seorang guru hipnosis satu skrip komunikasi efektif yang sangat berkesan buat saya, dan saya sering lafazkan kepada anak-anak saya iaitu "Aku tidak tahu bagaimana aku tahu dan bagaimana aku lakukan. Tapi aku secara sedar dan tanpa sedar sedang terdorong kepada proses dalam mencapai matlamat yang aku inginkan"
#hinopsisuntuksukan
#hypnosport
Comments
Post a Comment