Komunikasi - Hypnosport


KOMUNIKASI - TINDAKAN - HASIL 




"Push harder tapi maintain abang. Buat dengan tenang" 

"Mama ni"

Walaupun secara lisan dia menolak, tapi mindanya menurut. 
.
.
.

Mohon cakap dalam hati "I can do this" mata saya memandang tepat ke arah matanya.

Reaksinya hambar tapi perilakunya bertindak dengan cara menurut. 
.
.
.
"Kepala abang pening"

"Ok, buat Jer" dengan nada perlahan sambil menyentuh bahunya.

Reaksinya menurut tanpa tapi dan nanti, meneruskan latihan. 
.
.
.
Apa yang dapat saya simpulkan disini bahawa komunikasi sangat penting tidak kira samada secara sehala atau pun dua hala. Yang lebih penting kesannya. Secara zahirnya kesan yang nampak adalah tindakan. 

Apabila berlakunya tindakan, maka dapatlah hasil. Hasil inilah yang kita inginkan. 

Persekitaran sekeliling juga membantu membentuk tindakan. Justeru itu, sangat penting seseorang atlet menjaga emosi. Bijak memisahkan emosi dengan tindakan yang dilakukan. 

Kejayaan seseorang atlet adalah bergantung kepada keadaan kendiri pada masa itu. Bagi seseorang yang telah memahami dan bijak mengurus emosi, bijak membangkitkan rasa tenang, pasti mudah baginya. 

Namun, sebaliknya bagi seseorang yang tidak dapat menjaga emosi dan persekitarannya, maka haruslah berusaha untuk merubah dirinya. 

Kaedah hipnosis sangat bagus digunakan untuk menenangkan hati dan menyeimbangkan emosi-emosi tersebut.



Sesi hipnoterapi oleh Master Rey seorang terapis dan pengamal hipnosis kepada anak saya Hasni pada tahun 2017,  sebelum memulakan pertandingan bagi mempercepatkan proses pemulihan fizikal otot yang stress selepas latihan. 




Juara dunia dalam acara golf, Tiger Wood, meningkatkan fokusnya melalui hipnosis oleh coach Jay Brunza. 





Petinju Ken Norton menyiapkan dirinya melalui hipnosis untuk bertanding dengan petinju ternama Mohammad Ali. 



Michael Jordon atlet bola keranjang juga menggunakan hipnosis sebelum memulakan pertandingan sebagai persediaan mental untuk mempertingkatkan kecemerlangannya. 


Roger Federer atlet tennis meningkatkan fokus permainannya menggunakan hipnosis


Hipnotis terbaik adalah orang yang dekat dengan subjek. 
Apabila input komunikasi atau saranan positif sering diberikan, 
tindakan akan mendatangkan hasil.  


Comments

Popular posts from this blog

Papan Impian

Hidup Berguru - Hypnosport

4 Kebaikan Hipnosis dalam Sukan - Hypnosport