Menulis Impian - Hypnosport


Impian... Semua orang ada impian... Anda ada impian? Pastinya semua orang ada impian yang hendak dicapai. Maka berimpianlah... segera berimpian.

Berimpianlah tanpa had... berimpianlah tanpa syarat... berimpianlah tanpa bertepi... kerana impian itu percuma.

Maka dengan itu, tulislah impian dengan merasakan impian tersebut telah tercapai. Jika sebelum ini diari harian ditulis perkara-perkara yang telah berlaku, jadi lebih baik kita tulis diari harian dengan perkara-perkara yang kita inginkan berlaku.

Tulisan impian hendaklah ditulis menjadi tulisan impian yang benar-benar kita rasakan kita telah capai.

Sedari anak saya yang sulung berumur 11 tahun, saya telah menyarankan padanya untuk menulis segala impian yang dia kehendaki.

Alhamdulillah tanpa dia sedar, banyak perkara indah yang dia lalui telah dapat dinikmati. Kerana saya yang memantau hasil penulisannya.

Buat anda semua, mula lah menulis segala impian yang anda inginkan. Sambil menulis, hadirkan rasa bahawa impian anda telah tercapai, tutup dan lupakan.

Insya Allah. Semoga berjaya.




Comments

Popular posts from this blog

Papan Impian

Yang Tenang Pasti Menang - Hypnosport