Visualkan Impian - Hypnosport



Tidak di nafikan kata-kata boleh mengubah banyak perkara dalam kehidupan. Kata-kata juga mampu memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya.

Bagaimana sekiranya ditambah dengan kata-kata visual ? Pasti impaknya lebih nampak bukan?

Maksud kata-kata visual di sini ialah melafazkan sambil membayangkan.

Mengapa anak kecil suka meletakkan ayat-ayat visual dalam percakapannya?

"Sekiranya adik jadi burung pasti adik akan terbang dengan sepuas hati"

"Kan best sekiranya abang jadi ikan, dapat berenang dengan tenang dan aman"

Bisanya mereka akan bercakap dalam keadaan gembira dan senyum. Penuh mimik muka sambil membayangkan. Tidak salah sekiranya kita juga mengimpikan sesuatu sambil membayangkan.

Seringkali terjadi apabila menyebut kata-kata negatif terus terbayang perasaannya. Kali ini kita tukar, setiap kata-kata positif dilafazkan, kita bayangkan perasaanya juga.

Jika sebelum ini, "Alamak coach hari ni training hurdle ke? Aduhai...." (sambil membayangkan rasa sakitnya di bahagian otot peha)

Kita tukar "Alhamdulillah, saya semakin cergas dan kuat selepas latihan ini dijalankan." (sambil membayangkan diri dan otot kaki semakin kuat bahkan lebih ringan dan lebih baik dari yang sebelumnya)

Salah satu metode yang perlu diamalkan bagi seorang atlet ialah mengimpikan kemenangan, keseronokan kejayaan, sambil membayangkan, merasakan penuh rasa bahagia kemudian lupakan dan usah diingat.

Sekiranya ada medalnya, pegang, peluk, dan rasa dengan penuh yakin. Ambil masa pergi ke stadium dan gambarkan segala kebahagiaan yang diingini..

Nah... silakan buat tanpa tapi dan nanti.



#hypnosport
#hidupberguru
#yangtenangpastimenang
#visualkanimpian


Comments

Popular posts from this blog

Papan Impian

Hidup Berguru - Hypnosport

4 Kebaikan Hipnosis dalam Sukan - Hypnosport