Menang Dan Kalah
"Yeah"....Sorakan sekumpulan pelajar kedengaran.
Hasni melepasi garisan penamat dengan pantas dan agak jauh meninggalkan pelari-pelari yang lain.
Tersenyum lebar saya apabila mendengar teriakan dan laungan girang sahabat-sahabat anak saya.
"Tahniah Hasni! Alhamdulillah... "
"Mama, cikgu tu kata abang batal... "
"Eh yer ker? "
Yer memang batal pun. Rupanya Hasni tersalah lorong sewaktu memintas di selekoh 200m. Kejadian ini berlaku kerana ada pelari yang masuk ke lorongnya menyebabkan dia masuk ke lorong sebelahnya.
Masing-masing terbungkam diam dan kecewa.
Saya memeluknya erat dan berbisik "Kita fokus tahun depan pula selepas ni."
Dia diam membisu seribu bahasa. Berkecamuk fikirannya. Tidak tahu nak diluahkan bagaimana.
.
.
.
.
"Lari.... cepat lari..." jerit saya dan beberapa guru.
"Kenapa ni? Kenapa dia berdiam disitu?"
Semua pelari telah menamatkan lariannya.
Baton yang sepatutnya hasni serahkan kepada pelari berikutnya terjatuh dan berlaku pertelingkahan samada dia atau pelari berikutnya mengambil baton tersebut.
Sekiranya kejadian itu tidak berlaku, pasti mereka juara larian 4x100m tersebut kerana mereka pantas pada masa larian pelari pertama dan kedua.
Saya mengejar hasni dan memeluknya erat. Dia berusaha meleraikan pelukan saya.
Kerana gugup dan terasa diri bersalah, dia terpijak kaki rakannya. Aduh. Berdarah! Mana tidaknya, hasni bersepatu spike manakala kawannya hanya berkaki ayam.
Sekali lagi perasaanya tidak menentu.
Saya tarik dia di satu sudut. Mententeramkan jiwanya. Lambat juga untuk dia bertenang. Saya jauhkan dia dari orang lain beri dia ruang untuk bertenang.
Pada masa tersebut, hasni merupakan pelari yang paling muda berbanding pelari lainnya. Pelari-pelari lain semua lebih tua setahun dan dua tahun dari dia.
.
.
.
.
Setiap kali sebelum pertandingan pasti saya akan mengingatkan dia untuk belajar dari kesilapan. Kegagalan adalah guru kepada kejayaan. Setiap apa yang berlaku kita kena percaya pada TAKDIR kerana pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa.
Bagi yang telah bermula teruskan sampai JADI. Usah mengendahkan perkataan-perkataan yang boleh membantutkan kejayaan.
Besarkanlah IMPIAN dan TEKAD. Kerana kejayaan pasti menjelma bila waktunya tiba.
Sesungguhnya, tiada jalan pintas untuk menuju kejayaan. Menang bukan bererti menang selamanya. Kalah juga bukan bererti kalah selamanya.
Pada saya erti KEMENANGAN itu ialah apabila kita berjaya menganjakkan diri kita kepada sesuatu selepas kita mengalami kegagalan.
Semoga anda sukses selalu.
#hypnosport
#buatjer
#menangdankalah

Comments
Post a Comment