Posts

Showing posts from October, 2018

HIPNOSIS DIRI SENDIRI

Image
Pesan seorang mentor kepada saya, katakan pada diri...  "(Nama Anda) malas untuk bermalas-malasan. (Nama Anda) mulai saat ini lebih hsihat dan lebih beruntung daripada yang tadi." Skrip di atas merupakan skrip hipnosis diri sendiri atau pun lebih dikenali sebagai self-hypnosis.  Apa bezanya bercakap dengan diri sendiri ( self-talk ) dan hipnosis diri sendiri ( self-hypnosis )? Bercakap dengan diri sendiri pasti berbaur dengan persekitaran positif dan negatif. Manakala apabila kita membuat hipnosis diri sendiri pasti komunikasi yang digunakan serta saranannya di tapis hanya untuk perkara-perkara yang positif sahaja. Nah, setelah kita tau membezakan dua perkara tersebut, maka langkah yang perlu diambil ialah sentiasa membuat hipnosis untuk diri sendiri.  Hipnosis diri sendiri ini tentu sekali sentiasa dan pernah wujud dalam kehidupan kita. Sehinggalah apabila kita mengetahuinya, oooohhhh begini rupanya.  Sebelum kita melakukan hipnosis ...

MEMO HARIAN

Image
Antara perkara lain selain menulis impian, saya juga mempraktikkan  memo harian  dalam kehidupan saya.  Teknik memo harian ini sangat mudah untuk dilakukan. Bukan sahaja di rumah, memo harian ini juga boleh dibuat di pejabat, dan di mana sahaja yang anda inginkan.  Ibarat meletakkan satu pasak agar pandangan mata kita sentiasa melihat, malah merakam terus ke minda bawah sedar.  Memo harian ini juga berkait rapat dengan hukum tarikan, apabila dipandang dan dilihat selalu. Saya juga mengaplikasikan memo harian ini kepada anak-anak saya.  Saya akan menyarankan agar mereka sentiasa menulis dan meletakkan di mana-mana terutama di kala mereka ingin mencapai sesuatu dalam masa terdekat.  Berikut adalah di antara memo harian yang telah saya lekatkan di dalam bilik saya.  Semoga perkongsian ringkas kali ini sangat bermanfaat buat anda semua.  Selamat mencuba dan mempraktikkannya! #hypnosport #hypnov...

Anugerah dari Ilahi - Hypnosport

Image
Penantiannya satu rahmat , anugerah terindah dari Ilahi buat saya. Sedari alam rahim saya mengimpikan dia persis dua lelaki penting dalam hidup saya yang sangat gemarkan sukan. Alam merakam. Ternyata kelahirannya sinar bahagia buat saya. Indah sungguh namanya... nama yang diberi bonda mirip 'bapa'nya.  Walau dia tidak pernah tahu 'bapa'nya sangat aktif bersukan kerana dia tidak pernah sekalipun menyaksikannya, namun dia memiliki kebolehan yang sama. Hanya dimatanya merakam 'bapa'nya terlantar dan sakit. Saya mula merlihat dia dengan mata hati saya di kala umurnya 4 tahun. Sangat aktif dan tidak reti diam. Dikala itu pernah memulakan hasrat untuk menghantarnya ke kelas badminton. Tapi tidak kesampaian kerana banyak perkara tidak mengizinkan.  Segalanya berubah bermula di alam persekolahan. Dia wakil rumah sukan sedari umurnya 8 tahun. Saya sering memasukkan memori 'bapa'nya ke dalam cerita hariannya. Macam-macam yang saya lakukan. Sehinggalah di kal...

Papan Impian

Image
Entri sebelum ini saya ada berkongsi mengenai menulis impian. Selain impian di tulis, impian juga boleh divisualkan dalam bentuk gambaran. Gambaran seperti ini perlu dilihat selalu agar melekat dan terakam dalam minda bawah sedar. Oleh kerana minda bawah sedar itu sifatnya lurus, maka apa-apa yang kita tanamkan di dalamnya akan terpasak. Gambaran-gambaran yang di luahkan inilah dinamakan Papan Impian . Apa itu Papan Impian atau pun juga dinamakan Vision Board  ? Mengapa Papan Impian itu penting dalam kehidupan kita? Papan Impian ialah keinginan atau impian yang kita ingini untuk kita visualkan secara gambaran. Gambaran ini perlu dilihat selalu dan dipasak kemas dalam minda bawah sedar kita. Apabila gambaran keinginan selalu dilihat, maka akan wujudlah daya kuasa dalam kehidupan kita yang dinamakan Hukum Tarikan atau dengan nama lain Law of Attraction . Anda mungkin tidak menyedari akan hal ini. Tetapi itulah yang biasanya berlaku. Sebelum ini saya pernah menyarankan a...

Menang Dan Kalah

Image
"Yeah"....Sorakan sekumpulan pelajar kedengaran. Hasni melepasi garisan penamat dengan pantas dan agak jauh meninggalkan pelari-pelari yang lain. Tersenyum lebar saya apabila mendengar teriakan dan laungan girang sahabat-sahabat anak saya. "Tahniah Hasni! Alhamdulillah... " "Mama, cikgu tu kata abang batal... " "Eh yer ker? " Yer memang batal pun. Rupanya Hasni tersalah lorong sewaktu memintas di selekoh 200m. Kejadian ini berlaku kerana ada pelari yang masuk ke lorongnya menyebabkan dia masuk ke lorong sebelahnya. Masing-masing terbungkam diam dan kecewa. Saya memeluknya erat dan berbisik "Kita fokus tahun depan pula selepas ni." Dia diam membisu seribu bahasa. Berkecamuk fikirannya. Tidak tahu nak diluahkan bagaimana. . . . . "Lari.... cepat lari..." jerit saya dan beberapa guru. "Kenapa ni? Kenapa dia berdiam disitu?" Semua pelari telah menamatkan lariannya. Baton yang sepatutnya hasn...