Posts

Menang Dan Kalah

Image
"Yeah"....Sorakan sekumpulan pelajar kedengaran. Hasni melepasi garisan penamat dengan pantas dan agak jauh meninggalkan pelari-pelari yang lain. Tersenyum lebar saya apabila mendengar teriakan dan laungan girang sahabat-sahabat anak saya. "Tahniah Hasni! Alhamdulillah... " "Mama, cikgu tu kata abang batal... " "Eh yer ker? " Yer memang batal pun. Rupanya Hasni tersalah lorong sewaktu memintas di selekoh 200m. Kejadian ini berlaku kerana ada pelari yang masuk ke lorongnya menyebabkan dia masuk ke lorong sebelahnya. Masing-masing terbungkam diam dan kecewa. Saya memeluknya erat dan berbisik "Kita fokus tahun depan pula selepas ni." Dia diam membisu seribu bahasa. Berkecamuk fikirannya. Tidak tahu nak diluahkan bagaimana. . . . . "Lari.... cepat lari..." jerit saya dan beberapa guru. "Kenapa ni? Kenapa dia berdiam disitu?" Semua pelari telah menamatkan lariannya. Baton yang sepatutnya hasn...

Menulis Impian - Hypnosport

Image
Impian... Semua orang ada impian... Anda ada impian? Pastinya semua orang ada impian yang hendak dicapai. Maka berimpianlah... segera berimpian. Berimpianlah tanpa had... berimpianlah tanpa syarat... berimpianlah tanpa bertepi... kerana impian itu percuma. Maka dengan itu, tulislah impian dengan merasakan impian tersebut telah tercapai. Jika sebelum ini diari harian ditulis perkara-perkara yang telah berlaku, jadi lebih baik kita tulis diari harian dengan perkara-perkara yang kita inginkan berlaku. Tulisan impian hendaklah ditulis menjadi tulisan impian yang benar-benar kita rasakan kita telah capai. Sedari anak saya yang sulung berumur 11 tahun, saya telah menyarankan padanya untuk menulis segala impian yang dia kehendaki. Alhamdulillah tanpa dia sedar, banyak perkara indah yang dia lalui telah dapat dinikmati. Kerana saya yang memantau hasil penulisannya. Buat anda semua, mula lah menulis segala impian yang anda inginkan. Sambil menulis, hadirkan rasa bahawa impian and...

Komunikasi - Hypnosport

Image
KOMUNIKASI - TINDAKAN - HASIL  "Push harder tapi maintain abang. Buat dengan tenang"  "Mama ni" Walaupun secara lisan dia menolak, tapi mindanya menurut.  . . . Mohon cakap dalam hati "I can do this" mata saya memandang tepat ke arah matanya. Reaksinya hambar tapi perilakunya bertindak dengan cara menurut.  . . . "Kepala abang pening" "Ok, buat Jer" dengan nada perlahan sambil menyentuh bahunya. Reaksinya menurut tanpa tapi dan nanti, meneruskan latihan.  . . . Apa yang dapat saya simpulkan disini bahawa komunikasi sangat penting tidak kira samada secara sehala atau pun dua hala. Yang lebih penting kesannya. Secara zahirnya kesan yang nampak adalah tindakan.  Apabila berlakunya tindakan, maka dapatlah hasil. Hasil inilah yang kita inginkan.  Persekitaran sekeliling juga membantu membentuk tindakan. Justeru itu, sangat penting seseorang atlet menjaga emosi. Bijak memisah...

Hidup Adalah Pilihan - Bahagian 2

Image
PILIH - PILIHAN - MEMILIH  Saya sangat suka dengan perkataan ini kerana bagi saya perkataan ini ada satu dorongan yang tersendiri. Pilihan diambil dari kata dasar pilih. Memilih pula ialah menentukan. Pilihan adalah penentuan sesuatu perkara atau apa sahaja yang diingini. Kenapa saya suka perkataan ini, kerana kita sendiri menentukan apa yang kita kehendaki dari diri kita sendiri. Ada kalanya secara pilihan juga boleh terjadi tanpa kita sedari iaitu dengan cara memilih tanpa berkata. Contoh anak-anak kecil, mereka memilih dengan cara menunjukkan jarinya. Kadangkala mereka menangis. Apa pun yang kita ingini pasti kita inginkan. Sebab itu adalah PILIHAN yang kita inginkan. Dengan pilihan itu juga kendiri akan terdorong. Minda pula menguasai bagaikan raja. Ingatan yang selalu saya berikan untuk anak saya "buat sampai jadi" terutama dengan apa yang dipilih. Semoga anda semua tergolong dalam orang-orang yang berjaya dan membuat PILIHAN yang betul. Se...

Hidup Adalah Pilihan - Hypnosport

Image
"Apa yang membezakan antara manusia dan haiwan?" Ada pelbagai jawapan yang dapat diberikan pada soalan di atas. Soalan ini pernah di tanya guru kepada saya. PILIHAN Saya terdiam. "Manusia berupaya untuk membuat pilihan samada untuk menjadi yang terbaik, tidak baik atau sebagainya. Boleh memilih untuk melakukan atau tidak melakukan." "Manusia diberi pilihan, buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka" ayat ini sering diucapkan oleh ustaz atau pun ustazah sewaktu zaman sekolah rendah. "Awak di beri pilihan untuk taat pada peraturan sekolah. Barangsiapa yang melanggarnya akan dihukum" inilah ayat seorang guru disiplin. "Sebagai atlet anda wajib dikehendaki mengikuti latihan yang telah dijadualkan. Siapa yang di dapati lambat atau sebagainya denda akan dikenakan"kata seorang jurulatih. "Tahniah awak terpilih menjadi wakil sekolah. Selepas ini awak akan di hantar untuk latihan pusat sebagai persediaan untuk men...

BUAT JER - Hypnosport

Image
"Mama, hari ni boleh off swimming?" "No" "Ala.... penatla mama, hari ni abang kan PJ kat sekolah. Main bola, dah la abang jatuh tadi" "Adik pun penat tau, dah la panas kat sekolah, hari ni ada gotong royong kena jalan sana, jalan sini..." Sambil tersenyum "Jom kita pergi. Nanti kat sana buat jer" Di saat ini masing-masing buat drama. Rasanya kalah drama-drama yang sedap-sedap di kaca TV. . . . "Ya Allah, saya tak tau bagaimana namun, saya dapat buat latihan dengan sepenuh hati tanpa rasa penat dan lesu. Terima kasih Allah... " ujar saya di dalam kereta. Masing-masing membisu tanda protes. . . . "Alhamdulillah dah selesai dah pun kan? Dapat pun buat latihan 50m dengan berkali-kali ulangan, rasanya lebih 10 kali tu. Mama tak nampak pun anak mama tersadai tadi" "Hari ni pun rasanya dapat buat "Personal Best" dengan baik. Coach ambil masa kan tadi? Malah lebih baik dari yang...

4 Kebaikan Hipnosis dalam Sukan - Hypnosport

1. Memandu atlet untuk menggunakan metode "Self Hypnosis" 2. Kawalan minda dan fizikal yang lebih positf 3. Mempercepatkan proses baik pulih (self healing) selepas latihan atau selepas pertandingan 4. Tenang - Atlet berada dalam kondisi keadaan yang betul dan dapat mengawal stress