Posts

Showing posts from September, 2018

Menulis Impian - Hypnosport

Image
Impian... Semua orang ada impian... Anda ada impian? Pastinya semua orang ada impian yang hendak dicapai. Maka berimpianlah... segera berimpian. Berimpianlah tanpa had... berimpianlah tanpa syarat... berimpianlah tanpa bertepi... kerana impian itu percuma. Maka dengan itu, tulislah impian dengan merasakan impian tersebut telah tercapai. Jika sebelum ini diari harian ditulis perkara-perkara yang telah berlaku, jadi lebih baik kita tulis diari harian dengan perkara-perkara yang kita inginkan berlaku. Tulisan impian hendaklah ditulis menjadi tulisan impian yang benar-benar kita rasakan kita telah capai. Sedari anak saya yang sulung berumur 11 tahun, saya telah menyarankan padanya untuk menulis segala impian yang dia kehendaki. Alhamdulillah tanpa dia sedar, banyak perkara indah yang dia lalui telah dapat dinikmati. Kerana saya yang memantau hasil penulisannya. Buat anda semua, mula lah menulis segala impian yang anda inginkan. Sambil menulis, hadirkan rasa bahawa impian and...

Komunikasi - Hypnosport

Image
KOMUNIKASI - TINDAKAN - HASIL  "Push harder tapi maintain abang. Buat dengan tenang"  "Mama ni" Walaupun secara lisan dia menolak, tapi mindanya menurut.  . . . Mohon cakap dalam hati "I can do this" mata saya memandang tepat ke arah matanya. Reaksinya hambar tapi perilakunya bertindak dengan cara menurut.  . . . "Kepala abang pening" "Ok, buat Jer" dengan nada perlahan sambil menyentuh bahunya. Reaksinya menurut tanpa tapi dan nanti, meneruskan latihan.  . . . Apa yang dapat saya simpulkan disini bahawa komunikasi sangat penting tidak kira samada secara sehala atau pun dua hala. Yang lebih penting kesannya. Secara zahirnya kesan yang nampak adalah tindakan.  Apabila berlakunya tindakan, maka dapatlah hasil. Hasil inilah yang kita inginkan.  Persekitaran sekeliling juga membantu membentuk tindakan. Justeru itu, sangat penting seseorang atlet menjaga emosi. Bijak memisah...

Hidup Adalah Pilihan - Bahagian 2

Image
PILIH - PILIHAN - MEMILIH  Saya sangat suka dengan perkataan ini kerana bagi saya perkataan ini ada satu dorongan yang tersendiri. Pilihan diambil dari kata dasar pilih. Memilih pula ialah menentukan. Pilihan adalah penentuan sesuatu perkara atau apa sahaja yang diingini. Kenapa saya suka perkataan ini, kerana kita sendiri menentukan apa yang kita kehendaki dari diri kita sendiri. Ada kalanya secara pilihan juga boleh terjadi tanpa kita sedari iaitu dengan cara memilih tanpa berkata. Contoh anak-anak kecil, mereka memilih dengan cara menunjukkan jarinya. Kadangkala mereka menangis. Apa pun yang kita ingini pasti kita inginkan. Sebab itu adalah PILIHAN yang kita inginkan. Dengan pilihan itu juga kendiri akan terdorong. Minda pula menguasai bagaikan raja. Ingatan yang selalu saya berikan untuk anak saya "buat sampai jadi" terutama dengan apa yang dipilih. Semoga anda semua tergolong dalam orang-orang yang berjaya dan membuat PILIHAN yang betul. Se...

Hidup Adalah Pilihan - Hypnosport

Image
"Apa yang membezakan antara manusia dan haiwan?" Ada pelbagai jawapan yang dapat diberikan pada soalan di atas. Soalan ini pernah di tanya guru kepada saya. PILIHAN Saya terdiam. "Manusia berupaya untuk membuat pilihan samada untuk menjadi yang terbaik, tidak baik atau sebagainya. Boleh memilih untuk melakukan atau tidak melakukan." "Manusia diberi pilihan, buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka" ayat ini sering diucapkan oleh ustaz atau pun ustazah sewaktu zaman sekolah rendah. "Awak di beri pilihan untuk taat pada peraturan sekolah. Barangsiapa yang melanggarnya akan dihukum" inilah ayat seorang guru disiplin. "Sebagai atlet anda wajib dikehendaki mengikuti latihan yang telah dijadualkan. Siapa yang di dapati lambat atau sebagainya denda akan dikenakan"kata seorang jurulatih. "Tahniah awak terpilih menjadi wakil sekolah. Selepas ini awak akan di hantar untuk latihan pusat sebagai persediaan untuk men...

BUAT JER - Hypnosport

Image
"Mama, hari ni boleh off swimming?" "No" "Ala.... penatla mama, hari ni abang kan PJ kat sekolah. Main bola, dah la abang jatuh tadi" "Adik pun penat tau, dah la panas kat sekolah, hari ni ada gotong royong kena jalan sana, jalan sini..." Sambil tersenyum "Jom kita pergi. Nanti kat sana buat jer" Di saat ini masing-masing buat drama. Rasanya kalah drama-drama yang sedap-sedap di kaca TV. . . . "Ya Allah, saya tak tau bagaimana namun, saya dapat buat latihan dengan sepenuh hati tanpa rasa penat dan lesu. Terima kasih Allah... " ujar saya di dalam kereta. Masing-masing membisu tanda protes. . . . "Alhamdulillah dah selesai dah pun kan? Dapat pun buat latihan 50m dengan berkali-kali ulangan, rasanya lebih 10 kali tu. Mama tak nampak pun anak mama tersadai tadi" "Hari ni pun rasanya dapat buat "Personal Best" dengan baik. Coach ambil masa kan tadi? Malah lebih baik dari yang...

4 Kebaikan Hipnosis dalam Sukan - Hypnosport

1. Memandu atlet untuk menggunakan metode "Self Hypnosis" 2. Kawalan minda dan fizikal yang lebih positf 3. Mempercepatkan proses baik pulih (self healing) selepas latihan atau selepas pertandingan 4. Tenang - Atlet berada dalam kondisi keadaan yang betul dan dapat mengawal stress

Visualkan Impian - Hypnosport

Image
Tidak di nafikan kata-kata boleh mengubah banyak perkara dalam kehidupan. Kata-kata juga mampu memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya. Bagaimana sekiranya ditambah dengan kata-kata visual ? Pasti impaknya lebih nampak bukan? Maksud kata-kata visual di sini ialah melafazkan sambil membayangkan. Mengapa anak kecil suka meletakkan ayat-ayat visual dalam percakapannya? "Sekiranya adik jadi burung pasti adik akan terbang dengan sepuas hati" "Kan best sekiranya abang jadi ikan, dapat berenang dengan tenang dan aman" Bisanya mereka akan bercakap dalam keadaan gembira dan senyum. Penuh mimik muka sambil membayangkan. Tidak salah sekiranya kita juga mengimpikan sesuatu sambil membayangkan. Seringkali terjadi apabila menyebut kata-kata negatif terus terbayang perasaannya. Kali ini kita tukar, setiap kata-kata positif dilafazkan, kita bayangkan perasaanya juga. Jika sebelum ini, "Alamak coach hari ni training hurdle ke? Aduh...

Hidup Berguru - Hypnosport

Image
“Orang yang belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan” Pesan atuk pada saya. Masa itu saya masih berada di sekolah rendah. Terkebil-kebil mata saya memandang wajah atuk yang sememangnya garang buat saya. Di kala itu saya hanya telan sahaja perkataan itu bulat-bulat tanpa meminta atuk mengulasnya. Apabila dewasa saya semakin faham pesan atuk. Di dalam dunia ini, tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa berguru. Guru bagi seorang anak adalah ibu bapanya atau pun penjaga. Disekolah, yang mengajar anak murid, tentu sekali dipanggil Guru. Manakala bagi seorang atlet, guru mereka ialah Jurulatih ataupun Coach. Bagi seorang Coach, merekalah berperanan dan berpengaruh untuk mempengaruhi prestasi pemain untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Tanpa kita sedari mereka inilah Hipnotis yang wujud dalam persekitaran kita. Saya suka menggunakan terma hipnotis buat mereka-mereka ini setelah saya mengenali proses hipnonis apatah lagi, memang kita gunakan dalam kehidup...

Yang Tenang Pasti Menang - Hypnosport

Image
"Abang... abang takut ker?" "Tak ada la..." Dari gerak fizikalnya saya tau dia gugup sehingga degup jantungnya kedengaran. Tapi dia cuba melawannya. "Sekiranya takut buat apa bang?" "Abang tau... buat BOLA CINTA" "Buat la sayang..." Saya pegang bahunya... terasa bergetar tubuhnya. . . . . . "Mama tanya sikit boleh?" "Kenapa mama?" "Apa perasaan abang semasa abang sedang berlari?" "Entah.. tak rasa apa-apa. Rasa macam nak terbang kadang-kadang. Abang bukan dengar pun sekiranya ada orang jerit-jerit nama abang... Mama jerit nama abang pun abang tak dengar" Ops... saya belajar sesuatu di situ. . . . . . "Masa di garisan permulaan tu bagaimana pula rasanya abang?" Sambil tersenyum, "Dedar" Bahasa budak sekarang - dedar - gugup - berdebar "Patutla dari jauh mama boleh dengar jantung abang... hanya sesekali jer mama dapat rasa abang re...

Hipnosis Untuk Sukan - Hypnosport

Image
Mengapa saya memilih aplikasi hipnosis di dalam sukan atau pun lebih dikenali dengan Hypnosport? Hypnosport atau pun hipnosis untuk sukan sangat efektif digunakan bagi membantu atlet dalam meningkatkan performance, meningkatkan daya mentaliti, percaya diri, motivasi, fokus dan konsentrasi, keyakinan diri, menghilangkan rasa cemas, ketakutan semasa bertanding, dapat menghadirkan rasa tenang, dapat melatih minda sejajar dengan latihan fizikal untuk potensi yang lebih baik pada kemampuan yang maksimal. Sukan adalah satu aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal secara kompetitif. Sukan juga satu aktiviti kerjasama atau daya saing dalam bentuk permainan yang boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Uniknya sukan ini kerana bersifat sosialisasi dan memberi peluang untuk individu belajar mengenal diri, mempertingkat kemahiran, belajar bergaul antara satu sama lain, belajar bermatlamat, berdisiplin, melahirkan keseronokan dan sebagainya. Waktu kecil, minda ...

Kenapa Hipnosis Pilihan Hati - Hypnosport

Image
Hipnosis, mengapa aku memilih hipnosis... Banyak yang aku belajar tentangnya... Hipnosis juga mengajar aku banyak perkara... Dari terbelenggu dengan stress, kepayahan hidup bersendirian tanpa suami disisi, membesarkan 2 anak lelaki yang sedang belajar erti hidup...menjaga bonda syurga hidupku, dan kini aku berjaya melaluinya dengan seribu kepayahan... Terus dan terus pandang kehadapan tanpa menoleh ke belakang... Selfhipnosis setiap hari diwaktu pagi menjadi rutin dalam hidupku agar aku sentiasa di dalam lindungan Ilahi Yang Maha Esa... Semoga DOA bonda sentiasa mengiringi..  #Hypnovengers #MHTTT2018